Categories: Resipi

Resipi Bahulu Guna Sukatan Cawan, Hanya Perlu 4 Bahan ‘Basic’ Ini

Resepi kuih bahulu ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut kelapa, namun sekarang anda boleh membakar menggunakan oven sahaja.

Kuih tradisional ini sangat popular dan digemari ramai sehingga sekarang. Tidak hairan ramai meminatinya kerana ia mempunyai rasa yang manis dan berbentuk seperti bunga.

Teksturnya pula agak rangup di luar dan gebu di dalam. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas dicicah pula dengan secawan teh ‘O’ panas! 

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Kuih Seri Muka Arwah Mak, Terasa Nostalgia Orang Dulu-Dulu

RESEPI BAHULU 4 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan gula
  • 10 biji telur
  • Esen vanilla

Cara-cara:

1. Putar gula, telur dan esen vanilla sehingga adunan menjadi betul-betul kembang.

2. Sangai atau jemur tepung gandum sehingga ringan. Kemudian ayakkan.

3. Masukkan tepung gandum yang telah siap diayak ke dalam adunan yang diputar kembang tadi. Kacau sehingga sebati dan bercampur rata.

4. Sapukan sedikit minyak masak pada acuan bahulu dan panaskan acuan sahaja supaya bahulu tidak melekat.

5. Keluarkan acuan telah dipanaskan dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

6. Bakar pada suhu 200°C selama 15 minit dengan menggunakan api atas bawah.

7. Apabila sudah masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri

 Baca juga: Resipi Kuih Karas ‘Legend’ Guna 3 Bahan, Punyalah Rangup Sampai Tak Sedar Nak Habis Sebalang!

Wan N

Recent Posts

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

9 minutes ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

60 minutes ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 hours ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

2 hours ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

3 hours ago