Pelbagai hidangan lauk daripada masakan India yang digemari ramai dan salah satunya ialah resepi Ayam Varuval yang dikatakan sedap kerana kombinasi rasa yang cukup luar biasa.
Resepi Ayam Varuval merupakan antara lauk kesukaan ramai yang terkenal dari India Selatan. Selain dimasak secara kering, ia tak menggunakan santan sama sekali.
Resepi Ayam Varuval biasanya menggunakan ayam goreng bersama ramuan lain seperti serbuk ketumbar, cili kering, bawang dan rempah ratus. Oleh sebab itu, aromanya cukup memikat selera.
Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!
Bahan-bahan perapan ayam:
Bahan-bahan untuk varuval:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, perap ayam (separuh ayam) dengan pes bawang putih dan halia (bawang putih dan halia tumbuk saja), serbuk kunyit, serbuk kari dan garam selama sejam.
2. Setelah selesai perap, boleh goreng ayam seperti biasa secara deep frying (goreng celur).
3. Kemudian, goreng jintan manis dalam minyak dan ketepikan dahulu.
4. Goreng cili kering, bawang putih, daun kari dan ketepikan juga (nak berapa banyak pun boleh sebab takkan pedas dan tiada bau bawang putih, jika tambah jadi lebih sedap).
5. Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bawang besar, pes bawang putih dan halia serta tomato sampai bawang bertukar warnanya.
6. Setelah bertukar warna, masukkan serbuk cili kering Babas atau kisar cili kering pun boleh (tambah ikut citarasa sendiri sebab varuval tak boleh pedas sangat, nanti tak sedap).
7. Masak atas minyak saja, tapi jangan letak air sebab air daripada bawang itu pun sudah cukup (sebab itulah bawang kena lebih).
8. Tambah garam dan gula, kemudian tunggu smpai garing dan pecah minyak (varuval kena garing dan sedikit manis).
9. Perasakan dan masukkan bahan yang telah digoreng tadi (jintan manis, cili kering, bawang putih, daun kari), kemudian gaul rata.
10. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan gaul sebati, kemudian perasakan lagi (jika nak tambah bahan perasa, boleh tambah saja). Siap untuk dihidang!
Bagi membuatkan hasil daripada resepi Ayam Varuval ini nampak lebih menarik, anda boleh taburkan daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Kalaivani Krishnasamy
Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!
Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…
Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…
Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…
Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…