resepi ayam sambal

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi ayam sambal butter yang istimewa ini.

Jika tekak anda teringin makan lauk yang pedas, resipi mudah ini wajib dicuba. Lagi sedap kalau dimakan dengan nasi panas!

Baca juga: Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

RESEPI AYAM SAMBAL BUTTER

resepi ayam sambal

Bahan ayam:

  • Isi ayam tanpa tulang (gaul dengan telur, gaul dengan tepung jagung, goreng sampai rangup)

Bahan tumis (hiris halus/dadu):

  • Serai 1 batang
  • Daun limau purut 2 helai
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang holland ¼ biji
  • Cili padi 2 batang
  • Tomato ⅓ biji

Bahan-bahan lain:

  • Butter 2 sudu besar
  • Cili kering kisar 3 sudu besar
  • Sos cili 4 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secubit dua
  • Gula 4 sudu besar
  • Serbuk perasa 1 sudu besar
  • Pes tomyam 1 sudu besar
  • Air limau nipis 1 sudu besar

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kering kisar, tumis lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa, kacau hingga karamel.
  4. Masukkan air biar kuah sedikit cair, didihkan.
  5. Akhir sekali, masukkan pes tomyam dan air limau nipis. Kacau sebati. Siap!

Kredit: Encik Hafiz Othman

Baca juga: Resipi Masak Lemak Ayam Versi Tumis, Boleh Tahan Sedap Juga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN