ayam popcorn

Ada isi ayam yang tak habis dan tak tahu nak masak apa? Jangan risau! Jom cuba resipi ayam popcorn ini. Dengan cara penyediaan yang mudah dan cepat, anda boleh hasilkan hidangan yang pasti disukai oleh semua peringkat umur.

Ayam popcorn ini bukan saja sedap, tetapi juga sangat rangup! Rasa pedas dan rempahnya akan membuatkan setiap gigitan terasa memuaskan. Sesuai untuk dinikmati sebagai snek petang atau hidangan ringan, ia pasti akan laku keras di meja makan.

Jadi, jom kita cuba resipi di bawah ini! Selamat mencuba!

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

RESEPI AYAM POPCORN

Bahan-bahan:

  • Ayam (bahagian isi) dipotong kecil-kecil
  • Serbuk cili
  • Perasa (seperti serbuk bawang putih atau lada)
  • Garam
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yang dipotong kecil dengan serbuk cili, perasa, garam, dan telur. Gaul rata sehingga ayam terbalut dengan semua bahan.
  2. Salut ayam yang telah diperap dengan tepung gandum hingga rata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar-benar panas.
  4. Goreng ayam dalam minyak panas, pastikan untuk kacau supaya ayam tidak melekat antara satu sama lain.
  5. Setelah ayam berwarna keemasan dan garing, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Yaty Zulkifly

Baca juga: Resipi Onion Ring Rangup, Buat Sendiri Lagi Jimat Sebab Kos Murah Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN