Ayam pongteh merupakan sajian ‘signature’ masyarakat Baba Nyonya. Menu ini boleh didapati di beberapa restoran terkemuka di Melaka. Tetapi setiap restoran ada rasa yang berbeza kerana cara masakan yang tidak sama.
Masakan ini juga hampir sama dengan ayam masak kicap. Yang membezakannya adalah penggunaan taucu di dalam masakan.
Jika ada yang tertanya-tanya bagimana rasa ayam pongteh ini, jom kita cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi oleh Intan Haryati.
Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!
AYAM PONGTEH BABA NYONYA MELAKA
Bahan-bahan:
- Ayam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- 2 susu besar taucu
- Gula merah atau gula melaka
- Kentang
- Cendawan shitake
- Lobak merah
- Kicap pekat
- Kicap manis/masin/manis
- Sos tiram
Cara-cara:
1. Tumbuh bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar taudu dan gula merah atau gula melaka. Sambung tumis.
3. Seterusnya masukkan ayam yang dah dicuci bersih beserta kentang yang dibelah dua.
4. Masukkan juga cendawan shitake dan lobak merah jika suka.
5. Tuangkan kicap pekat secukup. Boleh juga ubai suai rasa dengan menambahkan kicap lemak/masin/manis dan sos tiram.
6. Didihkan sekejap sehingga ayam masak. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Intan Haryati
Baca juga: Jom Masak Sendiri ‘Hokkien Mi’ Chinese Style, Susah Nak Jumpa Yang Halal