resepi ayam masak thai

Keunikan yang ada pada masakan Thai telah membuatkan sajian yang berasal dari negara Gajah Putih itu digemari ramai. Salah satu menu yang wajib dicuba adalah Resepi Ayam Masak Thai.

Masakan Thai bukan hanya terkenal dengan rasa pedas, tetapi sajian ini mempunyai kesempurnaan keseimbangan antara rasa yang berbeza.

Jika anda merupakan penggemar masakan Thailand, wajib cuba resipi ayam masak Thai ini. Caranya sangat mudah dan cepat siap untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.

Baca juga: Rahsia Kesedapan Masakan Kedai Thai, Kena Tambah Pes Nam Prik Pao! Ini Resipinya…

RESEPI AYAM MASAK THAI

resepi ayam masak thai

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 4 biji cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas

Bahan lain:

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji bawang besar hiris bulat
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit gula melaka

Cara memasak:

1. Mula-mula goreng ayam dulu, angkat dan ketepikan.

2. Kisar semua bahan-bahan kisar. Jika suka pedas, lebihkan cili. 

3. Panaskan minyak, masuk 2 batang serai dalam kuali. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.

4. Masuk 3 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram.

5. Masukkan sedikit gula melaka. Sebenarnya tak kisah gula apa pun, tapi gula melaka ini akan cantikkan kuah dan rasa lebih ‘kick’. Kacau rata.

6. Masuk 1 cawan air. Kacau lagi dan biarkan mendidih.

7. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kemudian taburkan daun limau purut. Sebatikan.

resepi ayam masak thai

8. Campakkan pula hirisan bawang merah. Guna bawa holland lagi padu.

9. Perasakan dengan garam secukup rasa. Perah jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang disukai.


Kredit gambar dan resipi: Liza Idris

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN