resepi ayam masak madu

Jika anda sedang mencari idea menu yang mudah tapi nampak mewah di meja makan, kami cadangkan anda buat resepi Ayam Masak Madu Melekit yang sedap ini di rumah.

Dengan kuahnya yang pekat berkilat, rasa manis lemak madu berpadu dengan kepedasan ringan dan keharuman bawang serta halia, boleh buat sesiapa pun tak sabar nak tambah nasi.

Adelia Honey telah kongsikan resepi Ayam Masak Madu Melekit di Facebook yang sangat mudah disediakan tanpa memerlukan bahan yang banyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Goreng Karamel Simple, Dia Punya Salutan Sampai Ke Tulang Nikmatnya

RESEPI AYAM MASAK MADU MELEKIT

resepi ayam masak madu

Bahan-bahan:

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar halia (ditumbuk)
  • 1 sudu besar sos ikan (tak perlu guna garam lagi)
  • ¼ cawan (60ml) madu
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali.

2. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kemudian kacau dan goreng selama 5 minit.

3, Masukkan semua sos, madu dan kacau sekejap, kemudian tutup kuali.

4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sampai semua kepak ayam masak dan keperangan (bersalut dengan sos).

5. Apabila sudah masuk madu, sos akan berbuih-buih atau berkaramel. Jangan takut apabila tengok sos seperti hangit-hangit. Kacau-kacau sedikit.

6. Apabila sos sudah agak kering dan bersalut pada kepak ayam, ia akan jadi melekit dan berkaramel seperti ayam bakar BBQ. Siap untuk dihidang!

resepi ayam masak madu

Tak perlu masak terlalu rumit untuk memuaskan selera, cukup dengan resepi Ayam Masak Madu Melekit ini. Walaupun nampak ringkas, tapi rasa macam masakan restoran mewah.

Selamat mencuba!

Sumber: Adelia Honey

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Sampai Ke Tulang, Ratah Sampai Tak Berhenti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN