resepi ayam kung pao

Resepi ayam kung pao salah satu hidangan yang terkenal dalam masakan Cina dan sangat digemari ramai. Hidangan ini menggabungkan ayam tumis dengan sayur-sayuran segar dan kacang gajus yang rangup.

Jika ada yang belum pernah mencuba hidangan ini, apa kata kita masak di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Sedap Menjilat Jari, Rasa Sebiji Ala Kedai Mamak

RESEPI AYAM KUNG PAO

resepi ayam kung pao

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Tepung jagung
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bawang putih (dicincang)
  • Halia (dihiris halus)
  • Lada kering (digunting)
  • Lada benggala (dipotong dadu)
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Cili sos
  • Bancuhan air + tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  • Segenggam gajus (ditumbuk sedikit)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara:

  1. Campurkan isi ayam dengan tepung jagung, serbuk lada hitam, garam, dan sedikit air. Gaul hingga rata. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak dan kekuningan. Angkat dan letak tepi.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih, halia, dan lada kering hingga wangi.
  3. Setelah bahan tumis naik aroma, masukkan lada benggala dan bawang holland. Tambahkan sos tiram, kicap manis, cili sos, dan bancuhan air dengan tepung jagung. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan ayam goreng yang tado, gajus, dan daun bawang. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  5. Angkat dan hidangkan.
  6. Kalau nak lagi pedas, boleh tambah cili padi.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mohd Nubil Kumkum Bin Mohd Nor

Baca juga: Resipi Ayam Percik Guna Air Fryer, Cara Mudah Tapi Terlajak Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN