Categories: Resipi

Resipi Ayam Kengsom, Kuah Pekat Dengan Rasa Masam Pedas Sangat Membuka Selera!

Ayam kengsom merupakan antara hidangan berkuah masam pedas yang cukup terkenal kerana rasanya yang segar dan membuka selera. Kebiasaannya menu ini menggunakan ikan, namun versi menggunakan ayam juga tidak kurang sedapnya. Isi ayam yang lembut menyerap kuah masam pedas menjadikan setiap suapan lebih puas dinikmati.

Gabungan nenas, serai, kunyit hidup dan belacan menghasilkan kuah yang harum dengan keseimbangan rasa masam, pedas dan sedikit manis semula jadi daripada buah nenas. Ditambah pula dengan kangkung di penghujung masakan, hidangan ini menjadi lebih lengkap dan menyelerakan.

Kalau anda sedang mencari lauk berkuah yang mudah disediakan tetapi tetap padu rasanya, resipi ayam kengsom ini memang wajib dicuba. Paling sedap dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, memang boleh bertambah nasi dibuatnya!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Ayam Sos Tiram Thai Paling Mudah, Menu Yang Suami Asyik ‘Request’ Setiap Minggu

RESIPI AYAM KENGSOM

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji lada merah
  • 5 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 biji nanas (dipotong)
  • 1 ikat kangkung (dipotong)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 keping asam keping
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada merah, cili api, kunyit hidup dan belacan sehingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai yang telah dititik. Biarkan sehingga mendidih dan naik bau.
  3. Masukkan ayam, kemudian gaul sebati dan biarkan seketika supaya ayam menyerap rempah.
  4. Tuangkan air mengikut jumlah kuah yang diingini, kemudian teruskan memasak sehingga ayam hampir empuk.
  5. Masukkan nanas, asam keping dan sos ikan. Perasakan dengan gula, garam serta sedikit serbuk perasa jika suka. Biarkan sehingga semua bahan masak dan kuah sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan kangkung dan biarkan mereneh selama 1 hingga 2 minit sahaja.
  7. Tutup api dan ayam kengsom sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Sofia Abdul Halil

Baca juga: Resipi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri, Lagi Lama Mereneh Lagi Pekat & Sedap Kuahnya

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

11 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

12 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

13 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago