
Ayam sos tiram Thai antara menu yang disukai ramai kerana rasanya cukup lengkap dari masin, manis, pedas dan masam dalam satu hidangan. Lebih menarik, ayam diperap terlebih dahulu sebelum dimasak, menjadikan isinya lebih berjus dan penuh dengan rasa.
Kalau dah selalu masak ayam goreng atau ayam kicap, apa kata sesekali cuba resipi ini pula. Cara penyediaannya pun mudah kerana ayam hanya perlu diperap, dimasak menggunakan air fryer, kemudian disalut dengan sos Thai yang pekat dan menyelerakan.
Resipi ini memang sesuai dijadikan menu makan malam bersama keluarga. Hidangkan bersama nasi panas, ulam atau telur dadar pun sudah cukup membuka selera. Tak hairanlah ramai yang ulang masak setiap minggu!
Baca juga: Resipi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri, Lagi Lama Mereneh Lagi Pekat & Sedap Kuahnya
RESEPI AYAM SOS TIRAM THAI

Bahan perapan ayam:
- 5 ketul ayam
- 5 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar tepung jagung
- 2-3 sudu besar minyak masak
Bahan sos Thai:
- 4 ulas bawang putih
- 4-5 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)
- 2 biji lada besar
- 1 batang serai (dititik)
- 4 helai daun limau
- Daun ketumbar secukupnya
- Jus daripada 3 biji limau kasturi
- 6 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan atau kicap sotong
- 2 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
- Sedikit air (jika mahu kuah lebih banyak)
Cara-cara penyediaan:
- Satukan ayam bersama sos tiram, tepung jagung dan minyak masak. Gaul hingga semua bahan bersalut rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
- Susun ayam di dalam bakul air fryer. Masak pada suhu 180-200°C selama 20 minit, kemudian terbalikkan ayam selepas 10 minit supaya masak sekata di kedua-dua bahagian.
- Kisar bawang putih, cili padi dan lada besar sehingga halus.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, sos ikan atau kicap sotong, gula, garam dan sedikit air jika ingin kuah lebih banyak. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan daun limau dan biarkan sos mendidih seketika sehingga sedikit pekat.
- Tuangkan jus limau kasturi dan gaul rata.
- Masukkan ayam yang telah dimasak ke dalam sos, kemudian gaul sehingga semua bahagian ayam bersalut sempurna.
- Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Sumber: Thread zhrhmr_
Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang, Caranya Mudah Saja Tapi Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Kedai Mamak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














