Biasanya bila masak ayam goreng, kita cuma guna kunyit dan garam kan? Tapi kali ini, jom cuba resepi ayam goreng sedap yang lain dari lain!
Bukan setakat sedap, malah cara ini pun mudah saja. Tak perlu bahan yang pelik-pelik atau teknik yang rumit. Guna bahan yang biasa ada kat dapur pun dah cukup.
Puan Roha Adrinna ada kongsikan satu teknik goreng ayam yang confirm buat anda terliur. Katanya bila dah cuba cara ini, gerenti nak goreng ayam selalu!
Bayangkan, ayam goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam, dengan aroma rempah yang memikat selera. Fuh, memang tak cukup sepinggan!
Nak tahu rahsianya? Jom kita tengok resepi ayam goreng oleh Puan Roha Adrinna di bawah ini.
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili dan cukup rasa. Perap seketika sebelum menggoreng.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ayam.
3. Goreng ayam hingga masak dan berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
4.Ayam goreng panas sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna
Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Pekat & Pedas, Sedap Walaupun Tak Berkuah
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…
Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…
Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…
Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…