Categories: Resipi

Paru Goreng Berempah, Rangup Dan Cukup Rasa Pasti Memikat Selera!

Paru goreng berempah ternyata mampu dijadikan hidangan yang amat sedap jika dimasak dengan cara yang betul. Bagi mereka yang kurang gemar dengan paru yang berkuah, resipi paru  ini pasti akan memikat selera.

Paru yang digoreng rangup dengan rempah yang cukup rasa, membuatkan ia lebih lazat dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi panas.

Mari kita lihat cara mudah untuk menyediakan paru goreng berempah ini!

Baca lagi: Resipi Nasi Ayam Madu, Sedap & Kenyang Sampai Tersandar

RESIPI PARU GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan:

  • 1 kg paru (direbus bersama sedikit garam dan potongan halia, kemudian toskan dan hiris nipis-nipis)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 biji bawang Holland (potong bulat)
  • Daun kari secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 sudu besar tepung jagung (boleh menggunakan jenama Bestari)

Bahan Tumbuk:

Bahan Kisar:

  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 3 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan:

1. Mulakan dengan merebus paru bersama sedikit garam dan beberapa keping halia. Rebus sehingga paru lembut. Setelah itu, toskan air rebusan dan hiris paru secara nipis-nipis.

2. Ambil bahan-bahan kisar seperti kunyit hidup, serai, cili merah, bawang merah, bawang putih, dan halia. Kisar bahan-bahan ini hingga halus.

3. Seterusnya, tumbukkan biji ketumbar dan biji jintan manis hingga lumat.

4. Gaulkan hirisan paru dengan bahan kisar, bahan tumbuk, garam, serbuk kari, dan sedikit serbuk kari daging untuk memberi rasa pedas yang lebih.

5. Tambahkan tepung jagung dan sedikit air supaya rempah lebih mudah melekat pada paru. Gaul semua bahan hingga sebati dan perapkan selama setengah jam. Proses perapan ini akan membolehkan rempah meresap dengan baik ke dalam paru.

6. Setelah diperap, panaskan minyak dalam kuali. Goreng paru yang telah digaul rempah sehingga garing dan rangup. Jika anda tidak suka terlalu garing, boleh sesuaikan waktu menggoreng mengikut kehendak.

7. Pada separuh masa menggoreng, masukkan bawang Holland yang dipotong bulat dan daun kari. Kacau sehingga bawang menjadi lembut dan paru masak dengan sempurna.

8. Setelah paru masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya. Paru goreng berempah kini siap untuk dihidangkan.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Resipi Roti Poket Dengan Inti Lazat, Ringkas Tapi Buat Perut Kenyang!

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

15 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

15 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

17 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

17 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

17 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

18 hours ago