Categories: Resipi

Ibu Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Frozen Untuk Sahur, Nanti Tinggal Goreng Saja!

Bila tiba bulan Ramadan, mak-mak mesti nak masak lauk sahur yang cepat dan mudah. Jadi, anda wajib cuba buat sendiri stok ayam goreng frozen berempah ini supaya nanti tinggal goreng saja bila nak makan.

Kalau baru nak perap waktu pagi sebelum masuk waktu sahur, memang agak leceh dan memakan masa. Lagipun, bahan rempah tak sempat nak menyerap sepenuhnya ke dalam isi ayam kalau diperap sekejap sangat.

Sebab itulah, anda kena buat stok siap-siap untuk seminggu atau dua minggu sekali. Bila ayam dah diperap lama dalam freezer, rasa rempahnya akan lebih meresap dan isi ayam jadi lebih pejal. Tak perlu lagi kelam-kabut di dapur seawal jam 4 pagi!

Baca juga: Resipi Ayam Mangga Bersos Masam Manis Pedas, Ratah Saja Pun Dah Puas Hati!

RESIPI AYAM GORENG ‘FROZEN’ BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • Bahan kisar: Bawang putih, halia dan garam kasar (jumlah mengikut kuantiti ayam)
  • Bahan rempah: Serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit mixed herbs (herba campuran)
  • 1 atau 2 biji telur.
  • Bahan tepung: Tepung ayam segera (original/pedas), sedikit tepung beras dan tepung jagung

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar (bawang putih, halia, garam) ke dalam bekas berisi ayam yang telah ditos kering. Gaul rata.
  2. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk cili dan mixed herbs. Pecahkan telur ke dalam adunan dan gaul bagi memastikan rempah melekat cantik pada isi ayam.
  3. Taburkan tepung ayam segera, tepung beras dan tepung jagung. Gaul hingga setiap ketulan ayam tersalut rata dengan tepung.
  4. Untuk memudahkan waktu memasak nanti, masukkan ayam ke dalam plastik mengikut jumlah keperluan satu hidangan (contoh: 5-6 ketul satu paket).

Tips ekstra: Sebelum bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka ke dalam air basuhan. Gaul rata pada ayam sebentar, kemudian bilas dengan air mengalir dan toskan hingga kering. Cara ini bertujuan supaya isi ayam lebih pejal dan cantik teksturnya selepas digoreng nanti.

Sumber: Roswati Mohamed Addnan

Baca juga: Cara Defrost Ayam Dengan Pantas Guna ‘Air Garam’, Tak Perlu Tunggu Berjam-Jam Lagi!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

11 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

11 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

12 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

12 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago