
Bila tiba bulan Ramadan, mak-mak mesti nak masak lauk sahur yang cepat dan mudah. Jadi, anda wajib cuba buat sendiri stok ayam goreng frozen berempah ini supaya nanti tinggal goreng saja bila nak makan.
Kalau baru nak perap waktu pagi sebelum masuk waktu sahur, memang agak leceh dan memakan masa. Lagipun, bahan rempah tak sempat nak menyerap sepenuhnya ke dalam isi ayam kalau diperap sekejap sangat.
Sebab itulah, anda kena buat stok siap-siap untuk seminggu atau dua minggu sekali. Bila ayam dah diperap lama dalam freezer, rasa rempahnya akan lebih meresap dan isi ayam jadi lebih pejal. Tak perlu lagi kelam-kabut di dapur seawal jam 4 pagi!
Baca juga: Resipi Ayam Mangga Bersos Masam Manis Pedas, Ratah Saja Pun Dah Puas Hati!
RESIPI AYAM GORENG ‘FROZEN’ BEREMPAH

Bahan-bahan:
- Bahan kisar: Bawang putih, halia dan garam kasar (jumlah mengikut kuantiti ayam)
- Bahan rempah: Serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit mixed herbs (herba campuran)
- 1 atau 2 biji telur.
- Bahan tepung: Tepung ayam segera (original/pedas), sedikit tepung beras dan tepung jagung
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan bahan kisar (bawang putih, halia, garam) ke dalam bekas berisi ayam yang telah ditos kering. Gaul rata.
- Tambahkan serbuk kunyit, serbuk cili dan mixed herbs. Pecahkan telur ke dalam adunan dan gaul bagi memastikan rempah melekat cantik pada isi ayam.
- Taburkan tepung ayam segera, tepung beras dan tepung jagung. Gaul hingga setiap ketulan ayam tersalut rata dengan tepung.
- Untuk memudahkan waktu memasak nanti, masukkan ayam ke dalam plastik mengikut jumlah keperluan satu hidangan (contoh: 5-6 ketul satu paket).
Tips ekstra: Sebelum bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka ke dalam air basuhan. Gaul rata pada ayam sebentar, kemudian bilas dengan air mengalir dan toskan hingga kering. Cara ini bertujuan supaya isi ayam lebih pejal dan cantik teksturnya selepas digoreng nanti.
Sumber: Roswati Mohamed Addnan
Baca juga: Cara Defrost Ayam Dengan Pantas Guna ‘Air Garam’, Tak Perlu Tunggu Berjam-Jam Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














