Resepi ayam goreng berempah ini sangat istimewa kerana serai, halia dan lengkuas ditumbuk berasingan untuk menghasilkan tekstur serdak yang bertali dan rangup apabila digoreng.
Penggunaan serai yang banyak akan menjadikan ayam lebih sedap dan wangi. Selain itu, ayam juga akan lazat berganda jika diperap lebih lama.
Ayam goreng berempah sangat sesuai dimakan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Makan dengan nasi putih pun boleh juga! Jika ada yang mahu mencuba, jom ikuti resipi perkongsian oleh Mariana Zainal di bawah.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cili Kering Ala Restoran Cina, Simple & Sedap!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
Kisar serai, halia dan lengkuas terlebih dahulu, kemudian tapis dan perahkan. Ketepikan. Seterusnya kisar kasar bahan-bahan lain dan tapis.
Bahan-bahan lain:
Cara-cara:
1. Lumur semua bahan pada ayam dan perapkan selama 1 jam atau lebih. Lagi lama akan menjadi lebih sedap.
2. Sedia untuk digoreng menggunakan api sederhana. Jangan guna api kuat nanti ayam hitam di luar, tapi di dalamnya masih mentah.
Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal
Baca juga: Perap Ayam Goreng Dengan ‘Bahan’ Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…