ayam cili kering

Mencari resipi yang unik untuk dimasak? Ibu-ibu boleh cuba resipi ayam cili kering yang mudah dan sedap ini.

Mempunyai gabungan rasa pedas dan masam, pasti dapat memikat selera suami dan anak-anak.

Jika anda sekeluarga menggemari lauk seperti di restoran Cina Muslim, bolehlah cuba resipi menarik ini.

Baca juga: Resipi Ginger Beef Kuetiau Ala Restoran Cina, Lagi Puas Hati Masak Sendiri

RESEPI AYAM CILI KERING

ayam cili kering

Bahan ayam:

  • Isi ayam potong dadu
  • Sebiji telur
  • Tepung goreng bestari

Cara-cara goreng ayam:

  1. Pecahkan 1 biji telur dalam mangkuk yang berisi ayam tadi dan sebatikan. Celupkan satu per satu isi ayam dalam tepung bestari dan goreng hingga masak. Ketepikan sebentar dan kita akan masak sos pula.

Bahan-bahan kuah:

  • Sebiji bawang – bahagi kepada dua bahagian. Bahagian luar bawang potong kasar, bahagian dalam bawang potong seperti biasa
  • Bawang putih 2-3 ulas – hiris nipis
  • Cili api – 3 tangkai & cili merah 1 tangkai
  • Cili kering 5-10 tangkai, potong kasar ikut tahap kepedasan masing-masing (BAHAN WAJIB)
  • Daun kari
  • Satukan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dalam mangkuk
  • Asam jawa, satu setengah sudu (masam-masam baru jadi)

Cara buat kuah:

  1. Tumis cili kering dan daun kari. Biarkan sampai sedikit garing.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili-cili.
  3. Bahagian luar bawang yang potong kasar tadi jangan masukkan, yang itu letak akhir sekali.
  4. Masukkan pula semua sos dan tambah sedikit air.
  5. Pastikan kuah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
  6. Masukkan asam jawa, garam secubit and gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan ayam dan bahagian luar bawang yang dipotong kasar.
  8. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ana suliana via Sri Sal

Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN