Masakan buttermilk ada peminatnya tersendiri, tapi sesetengah orang kurang gemar kerana mudah muak dan anda boleh atasinya dengan resepi Ayam Buttermilk yang betul.
Ayam Buttermilk merupakan hidangan yang sangat popular dan trending pada masa sekarang yang disukai ramai.
Ramai yang sering hadapi situasi dengan rasa muak dan kembang tekak apabila makan masakan buttermilk sehingga tak lalu untuk menghabiskannya.
Oleh itu, kami kongsikan resepi Ayam Buttermilk oleh Azief Wawa di Facebook yang dijamin anda takkan jemu apabila memakannya. Jom cuba!
Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!
RESEPI AYAM BUTTERMILK
Bahan-bahan:
- Isi ayam
- Sebiji telur
- Tepung goreng ayam secukupnya
- Butter (guna minyak masak pun boleh)
- Daun kari
- Bawang putih (beberapa ulas)
- Cili api (ikut tahap pedas yang dimahukan)
- Serbuk kari (hujung sudu)
- Susu cair
- Gula
- Garam
- Cheese (tambahan)
Cara-cara:
1. Gaulkan isi ayam dengan telur dan salutkan tepung goreng, kemudian goreng sehingga masak dan ketepikan terlebih dahulu.
2. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari, susu cair dan sedikit air, kemudian tunggu sehingga menggelegak.
4. Masukkan cheese, gula dan garam, kemudian sesuaikan dengan rasa dan gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang!
Resepi Ayam Buttermilk perlu ada rasa pedas, manis, masin dan bersusu sedikit, barulah tak kembang tekak apabila memakannya.
Gabungan ayam yang digoreng dengan lembutnya kuah buttermilk yang kaya dengan rasa, aroma dan kelembutan menghasilkan citarasa Ayam Buttermilk yang cukup memikat.
Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya ketika makan bersama nasi kerana rasa hidangan ini tak sama seperti Ayam Buttermilk yang lain.
Tengok gambar saja tak cukup untuk menggambarkan rasanya, kena cuba buat sekali barulah anda tahu betapa lazatnya Ayam Buttermilk ini.
Anda boleh jadikan resepi Ayam Buttermilk sebagai lauk tengah hari atau malam yang sedap buat seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Azief Wawa
Baca juga: Ayam Masak Bijan, Rasa Manis Memikat Walaupun Campak-Campak!