ayam vanggey

Tak sangka cubaan pertama masak Ayam Vanggey terus menjadi dan memang sedap sangat. Sampai boleh macam lawan masakan mamak!

Kalau anda teringin nak cuba sendiri di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ida Zairi di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Padu, Kuah Pekat Lemak & Pedas Cili Padi Menyengat!

RESEPI AYAM VANGGEY

ayam vanggey

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor ayam – potong 12, gaul garam kunyit dan goreng

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis

Bahan rempah:

  • 5 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar serbuk cili
  • 6 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 keping gula kerek (gula Melaka pun boleh)

Bahan tumis:

  • 1 bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 pelepah daun kari

Bahan perasa:

  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • 1 sudu besar madu
  • 3 sudu besar kicap

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bersama daun kari sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata dan masak hingga garing.
  3. Masukkan pula bahan rempah. Kacau hingga pecah minyak dan pastikan serbuk kari serta cili betul-betul masak.
  4. Masukkan gula kerek, garam, gula, kicap dan madu. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak sehingga kuah sedikit pekat serta ayam masak sempurna.
  6. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Ida Zairi

Baca juga: Cara Goreng Ayam Kunyit Lagi Sedap Dari Biasa, Tak Kering & Confirm Jadi Juicy!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN