Tak dinafikan ramai yang suka lauk ringkas tapi sedap seperti resepi Ayam Berempah yang paling cepat dan senang tanpa fikir panjang.
Sebenarnya cara memasak dalam resepi Ayam Berempah lebih kurang sama seperti ayam goreng, cuma tepung yang digunakan agak berbeza.
Tekstur Ayam Berempah juga tak sama seperti ayam goreng biasa. Lauk ini bukan setakat garing di luar dan lembut di dalam, malah aroma rempahnya boleh buat selera sesiapa saja terangkat.
Sebenarnya mudah saja cara memasaknya jika anda mengikut resepi Ayam Berempah yang dikongsikan oleh Ziana Chesaad di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Simple Dengan 3 Langkah, Siap Aroma Harum Semerbak!
RESEPI AYAM BEREMPAH
Bahan-bahan:
- Seekor ayam (potong 14 atau ikut suka)
Bahan kisar:
- 5 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- Seinci halia
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- Seinci lengkuas
- 1 sudu besar ketumbar
Bahan perasa:
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan rempah kari daging
- Sedikit perasa
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 biji telur
Bahan lain:
- 10 tangkai daun kari
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, bahan yang sudah dikisar tadi, tapis dan buang airnya (tak perlu perah).
2. Selepas itu, gaul bahan kisar dan bahan perasa bersama ayam, kemudian perap 1 jam.
3. Seterusnya, goreng dalam minyak yang panas sehingga garing, kemudian angkat dan toskan.
4. Akhir sekali, tabur daun kari ketika ayam garing. Siap untuk dihidang!
Tak susah pun nak siapkan lauk ringkas tapi sedap buat seisi keluarga, asalkan tahu caranya pasti hidangan anda dipuji melambung nanti.
Anda boleh kongsikan resepi Ayam Berempah ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak di rumah kerana mereka pasti teringin membuatnya sendiri nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Ziana Chesaad
Baca juga: Ayam Goreng Berempah Simple, Tak Payah Perap Rasa Tetap Memikat!