Categories: Resipi

Resepi Ayam Balado Simple, Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Hidangan ‘Express’ Setiap Hari

Sedang cari resepi Ayam Balado simple yang tak renyah dan boleh siap dalam masa singkat? Resepi ini memang sesuai untuk anda yang nak lauk pedas, ringkas dan sedap tanpa perlu banyak bahan.

Ayam digoreng terlebih dahulu kemudian digaul bersama sambal balado yang pedas wangi. Cara masaknya sangat mudah, sesuai untuk hidangan harian sama ada makan tengah hari atau malam.

Baca juga: Resepi Sambal Balado Ala Indonesia, Padu Sangat Sampai Nasi Goreng Jadi Lebih Sedap!

RESEPI AYAM BALADO SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada atau isi (digoreng terlebih dahulu)
  • 2 biji bawang merah besar – ditumbuk
  • Cili merah secukupnya – ditumbuk
  • Cili padi secukupnya – ditumbuk
  • Bawang putih secukupnya – ditumbuk
  • Sos tiram secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

2. Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan kelihatan sedikit garing.

3. Masukkan sedikit sos tiram dan serbuk perasa, kemudian gaul sebati.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga ayam bersalut sempurna dengan sambal balado.

5. Masak seketika sehingga sambal sebati dan sedikit kering. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tip Supaya Ayam Balado Lebih Sedap

  • Goreng ayam hingga keemasan supaya tidak lembik bila digaul sambal
  • Laraskan jumlah cili ikut tahap kepedasan masing-masing
  • Boleh tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasa pedas dan masin

Kalau anda perlukan resepi Ayam Balado simple yang cepat, pedas dan tak guna bahan pelik, inilah jawapannya. Sesuai untuk semua, dari yang baru belajar masak sampai yang nak lauk ekspres tapi sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resepi Ikan Tenggiri Berlado Pedas Manja, Masak Sekali Terus Jadi ‘Favourite’!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago