resepi ikan tenggiri berlado

Jika bercerita tentang lauk yang disukai ramai, semestinya resepi Ikan Tenggiri Berlado jadi pilihan kerana lauk ini tak pernah mengecewakan sesiapa pun yang memakannya.

Tekstur ikan tenggiri yang segar dan padat dengan rasa manis semula jadi, digandingkan pula dengan sambal berlado yang pedas boleh buat orang tambah nasi berkali-kali.

Nurul Ateekah telah kongsikan resepi Ikan Tenggiri Berlado yang sangat menarik di Facebook dalam versi ringkas tapi hasilnya tetap sedap dan padu. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

RESEPI IKAN TENGGIRI BERLADO

resepi ikan tenggiri berlado

Bahan-bahan:

  • 7 hingga 8 potongan ikan
  • 11 tangkai cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • ½ biji bawang besar*
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 1 batang serai (diketok)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (agak-agak)
  • Gula (jika mahu)

*Kisar atau tumbuk kasar bahan yang bertanda (*)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sampai masak. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, masukkan cili yang telah dikisar tadi, serai dan daun limau purut. Tumis sampai pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan tomato, serbuk belacan dan bahan yang lain. Gaulkan dan perasakan dengan secukup rasa yang dimahukan.

resepi ikan tenggiri berlado

4. Kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaulkan semua sampai sebati dan biarkan ia masak seketika.

5. Akhir sekali, angkat dan taburkan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!

Kadangkala, lauk simple seperti ini yang paling membangkitkan selera. Rasa pedas manja sambal berlado bersama ikan tenggiri garing, memang kena sangat dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Ayam Balado Paling Padu, Satu Lauk Je Buat Selera Makan Menjadi-Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN