resepi ayam bakar mudah

Jika anda sedang mencari resepi ayam bakar mudah yang ringkas tetapi tetap sedap, resipi ini memang sesuai untuk dicuba. Hanya menggunakan bahan-bahan asas yang ada di dapur.

Ramai yang suka masak ayam bakar sebab ia lebih sihat dan rasanya pun sedap walaupun tanpa banyak bahan. Aroma ayam yang sedang dibakar juga terus buat semua orang terliur.

Kalau nak lagi sedap, perap semalaman dalam peti sejuk. Esoknya bila bakar, daging akan jadi sangat lembut dan juicy. Memang terangkat! Sesuai untuk kambing, ayam atau daging.

Baca juga: Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Warna ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

RESEPI AYAM BAKAR MUDAH

resepi ayam bakar mudah

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar garam
  • ½ sudu teh penyedap rasa
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 80 ml kicap manis
  • Mentega untuk membakar

Cara penyediaan:

  1. Cuci ayam hingga bersih, kemudian rebus bersama 3 cawan air.
  2. Masukkan garam, penyedap rasa, lada hitam dan kicap manis ke dalam air rebusan.
  3. Masak sehingga kuah rebusan betul-betul kering dan ayam masak sempurna.
  4. Panaskan teflon dan sapukan sedikit mentega.
  5. Bakar ayam di atas teflon sehingga bahagian luar kering, keperangan dan sedikit garing.
  6. Angkat dan hidangkan ayam bakar yang sedap juga menyelerakan.

Sumber: Mira Ghandara

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Penyet, Resipi Lengkap Dengan Sambal, Sup Kosong & Bahan Sampingan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN