resepi ayam bakar mayonis

Baru-baru ini, kami dapat tahu resepi Ayam Bakar Mayonis adalah resepi paling viral yang pernah dikongsikan oleh Che Sayang Kitchen.

Che Sayang Kitchen merupakan seorang content creator dalam bidang masakan yang sangat popular di TikTok dan siapa saja yang aktif di media sosial pasti cukup mengenali beliau.

Baru-baru ini, Che Sayang Kitchen telah dinobatkan sebagai Creator of the Year dalam TikTok Awards Malaysia 2024, segulung tahniah kami ucapkan!

Apabila ditanya tentang resepi yang menjadi perhatian netizen, Che Sayang Kitchen terus berkongsi tentang resepi Ayam Bakar Mayonis yang cukup menarik dengan menggunakan 4 bahan saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Berempah, Mak Mentua Sampai Cakap Boleh Buat Niaga!

RESEPI AYAM BAKAR MAYONIS OLEH CHE SAYANG KITCHEN

resepi ayam bakar mayonis

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan ayam bahagian peha yang telah dibuang tulang ke dalam mangkuk.

2. Selepas itu, masukkan dalam 2 sudu mayonis supaya ayam menjadi lembut dan lebih berperisa nanti.

3. Masukkan pula 1 sudu serbuk cili atau serbuk paprika dan sedikit kicap manis, kemudian gaul sehingga sekata.

resepi ayam bakar mayonis

4. Akhir sekali, letak ayam yang telah digaul tadi di atas aluminium foil untuk dibakar menggunakan air fryer dengan suhu 200ºC dalam masa 7 hingga 10 minit.

resepi ayam bakar mayonis

5. Nak guna oven pun boleh, hanya perlu kekalkan suhu tapi pastikan anda sudah pre-heat oven terlebih dahulu. Siap untuk dihidang!

resepi ayam bakar mayonis

Memasak di rumah taklah susah mana, asalkan anda tahu buat hidangan ringkas seperti resepi Ayam Bakar Mayonis ini, itu pun sudah memadai.

Bukan setakat mudah, malah tak perlu guna banyak bahan sekalipun. Senang cerita, resepi ini sangat sesuai buat anda yang nak cepat siap, nak buat untuk bekal pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber: chesayang_kitchen

Baca juga: Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Rangup Dan Manisnya Buat Terliur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN