Sudah sering makan ayam goreng, lama-lama jadi jemu juga. Jika nak ubah angin, anda boleh buat resepi Ayam Bakar Berempah pula pada hari ini.
Manalah tahu mood pada hari ini nak buat lauk ringkas saja, jadi hidangan yang tepat untuk anda semestinya Ayam Bakar Berempah yang sedap.
Pari Malar Thoraisingam telah kongsikan di Facebook tentang resepi Ayam Bakar Berempah yang dibuat olehnya untuk anda cuba di rumah.
Baca juga: Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Rangup Dan Manisnya Buat Terliur
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
2. Gaul semua bahan keculi butter dan sapukan di ayam, kemudian perap selama 2 jam.
3. Selepas itu, bakar di dalam ketuhar pada suhu 250ºC selama sejam.
4. Akhir sekali, keluarkan dari ketuhar dan sapukan butter di atas ayam. Siap untuk dihidang!
Buat yang pertama kali membuatnya, kami yakin anda takkan menyesal setelah mencuba resepi Ayam Bakar Berempah ini kerana hasilnya penuh dengan aroma.
Hidangan ini sangat mudah disediakan kerana anda hanya perlukan bahan, sapukan pada ayam, perap dan bakar, terus siap!
Bukan saja boleh dijadikan sebagai lauk, malah Ayam Bakar Berempah cukup enak diratah begitu saja dan sesuai buat mereka yang sedang mengamalkan diet sihat.
Walaupun hidangan ini nampak ringkas, tapi ia cukup istimewa buat seisi keluarga dan pasti mereka akan makan sampai berselera nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Pari Malar Thoraisingam
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…