resepi ayam bakar

Resepi ayam bakar ini wajib dicuba oleh mereka yang gemar makan di restoran Nandos. Anda pasti terkejut kerana bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya amatlah mudah!

Jika anda cuba masak sendiri di rumah, dijamin lagi puas hati dan menjimatkan. Kalau makan di luar dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, bayaran pun boleh tahan mahal juga.

Selain itu, ada tip untuk kekalkan kelembapan ayam supaya juicy dan tidak kering selepas dibakar. Untuk mengetahui apakah tip itu, mari ikuti resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!

RESEPI AYAM BAKAR ALA NANDOS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong dua, cuci bersih dan lap dengan tisu sehingga kering
  • 3-4 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil pes halia

Bahan-bahan rempah:

  • 1 pax rempah Nandos peri-peri
  • 1 pax rempah oden BBQ
  • 2 sudu besar serbuk Bon Chili – optional
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih – optional
  • 1/2 sudu kecil mixed herbs – optional

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan rempah dan ketepikan.

2. Ratakan halia di keseluruhan ayam dan diikuti bahan rempah.

3. Ambil butter dan sumbat masuk ke dalam kulit ayam di semua bahagian. Ini bertujuan untuk kekalkan kelembapan ayam bila dibakar supaya ayam juicy dan tidak kering.

4. Perap beberapa jam atau semalaman ayam di dalam peti bahagian chiller.

5. Bakar menggunakan air fryer pada suhu °C selama 25 minit atau sehingga ayam masak keperangan.

6. Siap, selamat mencuba!

resepi ayam bakar

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN