resepi asam pedas utara

Resepi asam pedas utara ini berbeza dengan asam pedas Melaka ataupun Johor. Versi utara ini adalah kuah yang dimasak cair dan tidak pekat seperti asam pedas lain.

Sesuai dimakan bersama nasi panas-panas bersama ulam-ulaman, sambal belacan atau ikan kering. Yang paling menariknya kuahnya boleh dihirup sehingga titisan kuah yang terakhir. Sedap sangat!

Kalau ada yang mahu mencuba, ikuti resipi perkongsian oleh Mohd Rozmie di bawah.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Johor Yang Padu, Ini Rahsia Supaya Kuah Pekat Elok

RESEPI ASAM PEDAS UTARA

Bahan-bahannya:

  • 3 ekor ikan kembung
  • 1 batang serai
  • Sedikit daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 3 @ 4 keping asam keping
  • Bendi
  • 1 biji tomato

Bahan kisar halus:

  • 6 ulas bawang merah
  • 12 tangkai cili kering (rebus dahulu)
  • 1 inci belacan

Cara memasak:

1. Kisar halus bawang merah, cili kering dan belacan.

2. Masukkan bahan kisar halus tadi ke dalam periuk (tanpa minyak) dan jangan lupa buka api.

3. Tambahkan 2 mangkuk air atau mengikut sukatan kuah yang diingini.

4. Masukkan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.

resepi asam pedas utara

5. Masukkan bunga kantan yang telah dibelah dua. Masukkan daun kesum. Bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas utara ini.

6. Masukkan 3 keping asam keping.Kalau nanti kurang masam, tambahkan lagi asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Biarkan bahan masakan mendidih dan ikan masak elok.

8. Bila sudah mendidih dan ikan pun masak, masukkan bendi dan tomato serta terus tutupkan api. Biarkan bendi dan tomato layu dalam suhu periuk yang panas ini.

9. Dah siap asam pedas utara. Sedapnya bila dapat hirup kuah asam pedas ni.

resepi asam pedas utara

Kredit resipi: Mohd Rozmie

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN