asam pedas kuning

Sekali pandang, nampak macam gulai tempoyak. Tapi sebenarnya bukan, inilah dia asam pedas kuning Kelantan. Cara penyediaannya hampir sama dengan gulai tempoyak, cuma bezanya tak menggunakan tempoyak.

Resipi ini menggunakan ikan patin yang memang sesuai dimasak dengan kuah masam pedas. Apa yang paling menarik, bahan-bahannya ringkas saja dan mudah sangat nak disediakan. Jom cuba masak di rumah!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Utara Campur Batang Keladi, Kena Cuba Baru Tahu Sedap Dia!

RESEPI ASAM PEDAS KUNING KELANTAN

asam pedas kuning

Bahan-bahan:

  • 3 ketul ikan patin
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji cili (boleh guna cili besar dan cili merah)
  • Daun kesum secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • ½ cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan hingga halus, kecuali ikan, asam keping dan daun kesum.
  2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama setengah cawan air.
  3. Tambahkan ikan patin dan masak sehingga kuah mula mendidih. Kemudian masukkan asam keping.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biarkan hingga ikan betul-betul masak sempurna.
  5. Akhir sekali masukkan daun kesum untuk aroma segar.
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber resipi dan gambar: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN