asam pedas ikan

Menu asam pedas ikan memang tak pernah mengecewakan! Kuahnya yang pekat, pedas-pedas masam, ditambah aroma daun kesum dan bunga kantan, buat sesiapa pun tak sabar nak menjilat jari.

Kalau ada yang baru pertama kali nak belajar masak asam pedas, boleh pelajari resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Nadd Rahim di bawah. Confirm sedap!

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Petai, Rasa Pedas Manja Yang Buat Tambah Nasi!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

asam pedas ikan

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • Sedikit belacan

Kisar kesemua bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • 6 ekor ikan kembung (disiang dan dibasuh bersih)
  • 1 mangkuk cili kering kisar
  • 2 batang serai, dititik
  • Daun kesum dan bunga kantan secukupnya
  • Bendi secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering, tumis hingga garing dan pecah minyak. Nota: Masa ini cili akan merecik-recik, jadi tutup periuk dengan tudung.
  3. Jika cili sudah garing, masukkan air asam jawa dan reneh sekejap.
  4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Tambahkan ikan dan sedikit air, kacau perlahan.
  6. Masukkan bendi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan kuah mendidih.
  8. Tutup api dan hidangkan.

Nota:

  • Kuah yang terlalu cair kurang sedap, jadi jangan terlalu banyak air.
  • Kuantiti asam jawa boleh diubah mengikut citarasa, jangan terlalu masam.

Sumber: Nadd Rahim

Baca juga: Resipi Ikan Jenahak Masak Cuka Yang Lazat Menyelerakan, Lauk Ringkas Tapi Buat Selera Naik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN