resepi asam pedas daging

Tak semua tahu resepi asam pedas daging yang betul-betul padu dan tak liat. Jangan risau, dengan perkongsian daripada Mizah Ngatiman ini, asam pedas anda dijamin lembut elok teksturnya!

Menurutnya, petua ini sebenarnya dikongsi oleh Dato’ Rizalman dalam rancangan Pung Pang Rizalman suatu ketika dahulu. Dalam rancangan itu, Raja Permaisuri Tunku Azizah turut berkongsi tip masak asam pedas yang sedap kepada beliau. Jom kita tengok perkongsiannya.

Baca juga: Cara Masak Gulai Daging Tanpa Santan, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti

RESEPI ASAM PEDAS DAGING CAMPUR TETEL

resepi asam pedas daging

Bahan-bahan:

  • 1 bekas isi daging dan tetel
  • 20 tangkai cili kering – direbus*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 sudu besar pes asam jawa

Bahan yang bertanda (*) perlu dikisar.

Bahan-bahan untuk penyedap rasa:

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar dengan api kecil sehingga pecah minyak dan naik bau yang wangi.
  2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan sehingga air daripada daging dan tetel kering. Tutup kuali dan gunakan api sederhana kecil. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi.
  3. Setelah pecah minyak, tambahkan air secukupnya untuk melembutkan daging dan tetel.
  4. Apabila air hampir kering, masukkan serai, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali, masukkan pes asam jawa.
  6. Biarkan kuah menjadi pekat, kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Nasi Daging Air Asam, Nasi Elok Berderai & Daging Jadi Lembut, Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN