Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom cuba resepi apam polkadot yang kecil comel dan gebu ini.
Resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Aimie Amira ini bukan saja sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, malah juga sesuai dijadikan perniagaan sampingan. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Putar gula, telur dan ovallete sehingga gebu dan pekat.
2. Kemudian, tambahkan susu cair dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
3. Empunya resipi tukar kepada bekas lain kerana bekas sebelumnya sudah melimpah.
4. Masukkan pula tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Kaup balik menggunakan spatula atau putar menggunakan kelajuan minimum.
5. Adunan sudah siap dan boleh bahagikan kepada beberapa bahagian untuk tambahkan pewarna yang disukai.
6. Contoh persediaan sebelum paip adunan.
7. Mula-mula letak sedikit adunan dan letak inti (contohnya jem nenas, kiwi, coklat dll).
8. Kemudian penuhkan acuan dengan adunan dan letakkan ‘dot’ untuk dijadikan seperti dalam gambar.
9. Apabila sudah siap, boleh mula mengukus. Balut pentuup pengukus dengan kain.
10. Kukus selama 15 hingga 20 minit menggunakan api sederhana. Jika api kecil, apam akan menjadi bantat. Jika api besar, apam akan merekah.
11. Lihat contoh warna apam yang boleh dijadikan panduan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aimie Amira
Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…