resepi apam polkadot

Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom cuba resepi apam polkadot yang kecil comel dan gebu ini.

Resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Aimie Amira ini bukan saja sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, malah juga sesuai dijadikan perniagaan sampingan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!

RESEPI APAM POLKADOT GEBU GEBAS

Bahan-bahan:

  • 200g gula halus@kastor
  • 1 sudu teh ovallete
  • 3 biji telur saiz A (sejuk dari peti ais)
  • 150ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 270g tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1. Putar gula, telur dan ovallete sehingga gebu dan pekat.

resepi apam polkadot

2. Kemudian, tambahkan susu cair dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.

resepi apam polkadot

3. Empunya resipi tukar kepada bekas lain kerana bekas sebelumnya sudah melimpah.

4. Masukkan pula tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Kaup balik menggunakan spatula atau putar menggunakan kelajuan minimum.

5. Adunan sudah siap dan boleh bahagikan kepada beberapa bahagian untuk tambahkan pewarna yang disukai.

6. Contoh persediaan sebelum paip adunan.

7. Mula-mula letak sedikit adunan dan letak inti (contohnya jem nenas, kiwi, coklat dll).

resepi apam polkadot

8. Kemudian penuhkan acuan dengan adunan dan letakkan ‘dot’ untuk dijadikan seperti dalam gambar.

9. Apabila sudah siap, boleh mula mengukus. Balut pentuup pengukus dengan kain.

10. Kukus selama 15 hingga 20 minit menggunakan api sederhana. Jika api kecil, apam akan menjadi bantat. Jika api besar, apam akan merekah.

11. Lihat contoh warna apam yang boleh dijadikan panduan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aimie Amira

Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN