Categories: Resipi

Resepi Apam Kampung Gula Merah Tanpa Acuan, Naik Gebu Macam Kek Hasilnya!

Setiap orang pasti mempunyai kenangan indah ketika membantu ibu atau nenek di kampung untuk buat pelbagai jenis kuih tradisional. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk anda cuba resepi Apam Kampung Gula Merah ini.

Apam Kampung Gula Murah merupakan sejenis kuih tradisional yang cukup popular di Malaysia terutamanya di kawasan kampung dan kuih ini sudah wujud sejak zaman datuk nenek kita lagi.

Biasanya kuih apam dibuat sebiji-sebiji, tapi kami telah jumpa resepi Apam Kampung Gula Merah yang menggunakan loyang untuk membuatnya.

Perkongsian hasil Apam Kampung Gula Merah yang dibuat oleh Roserosnah Rose di Facebook sangat menarik kerana hasilnya naik gebu dan lembut apabila dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Nasi Sukatan Cawan Ala Paddle Pop, Cantik Dan Gebu Bukan Main!

RESEPI APAM KAMPUNG GULA MERAH

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah
  • 2 cawan air panas
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 paket yis (11gm)
  • 1 sudu kecil garam
  • Kelapa parut (putih)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, larutkan gula dengan air panas dan kacau sehingga gula hancur.

2. Kemudian, biarkan air gula tadi suam, baru masukkan tepung dan juga yis tadi. Kacau sampai sebati.

3. Seterusnya, perapkan adunan tadi selama 30 minit sehingga adunan naik. Sementara tunggu, boleh panaskan pengukus.

4. Selepas itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak masak dan bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pengukus. Kemudian, kukus selama 30 hingga 45 minit.

5. Akhir sekali, gaulkan kelapa parut dengan garam dan kukus 15 minit supaya kelapa tak cepat basi. Setelah apam sejuk, bolehlah dipotong dan gaulkan dengan kelapa tadi. Siap untuk dinikmati!

Resepi Apam Kampung Gula Merah ini sangat sesuai digunakan ketika anda ingin menyediakan sarapan atau minum petang yang enak buat seisi keluarga.

Resepi ini sesuai untuk mereka yang tiada acuan di rumah, namun boleh juga cuba gunakan acuan yang anda suka pakai untuk buat Apam Kampung Gula Merah ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Roserosnah Rose

Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!

Aimi

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

1 day ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

1 day ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

1 day ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

1 day ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

2 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

2 days ago