apam bakar

Apam bakar merupakan makanan tradisi yang mudah untuk disediakan.

Makan kosong tanpa ragi, tapai atau pisang pun sedap. Tapi kalau nak lebih ‘flavor’, boleh tambah 3 bahan tadi.

Resipi perkongsian oleh Syahida Mohd Azmi ini merupakan resipi turun temurun keluarganya. Jom kita cuba nanti!

Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Pandan Guna Sukatan Cawan, Gebu Gebas!

RESEPI APAM BAKAR SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Tepung beras – 2 cawan
  • Tepung gandum – 1 cawan
  • Yis – 1 ½ sudu besar / nak guna setengah paket pun boleh (paket yang 11g)
  • Air suam – 1½ cawan
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali air.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.

3. Perap selama 30 minit.

4. Goreng guna kuali non-stick dengan api perlahan. Tuangkan adunan secukupnya dan tutup menggunakan penutup seperti dalam gambar.

5. Boleh dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.

apam bakar

Tips:

  • Nak lebih lembut dan sedap, tambahkan pisang lecek 2 atau 3 biji
  • Lagi lama perap, lagi sedap.

Kredit resipi dan gambar: Syahida Mohd Azmi

Baca juga: Buat Sendiri Apam Lenggang Di Rumah, Kena Guna ‘Kuali Lekuk’ Baru Menjadi Elok

Baca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN