resepi aiskrim homemade

Cuaca panas buat tekak teringin sesuatu yang sejuk dan manis, jadi terus terbayang aiskrim. Sebenarnya, ada resepi aiskrim homemade yang sangat mudah hanya guna 5 bahan saja.

Tak kira kanak-kanak atau orang dewasa, semua orang sukakan aiskrim. Tambahan pula jika aiskrim itu buat sendiri di rumah, mestilah lebih jimat dan puas hati.

Lina Kassim telah kongsikan resepi aiskrim homemade di Facebook yang bukan saja sedap dimakan sendiri, tapi juga sesuai untuk jualan kecil-kecilan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!

RESEPI AISKRIM HOMEMADE

resepi aiskrim homemade

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar ovalette

Cara-cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar (guna mangkuk mixer untuk mudahkan kerja).

2. Putarkan dengan kelajuan paling maksimum selama 20 minit tanpa henti.

3. Selepas 20 minit, adunan akan jadi kembang, gebu dan lebih pekat.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang diingini. Boleh tambah pewarna makanan (contoh: merah, hijau, biru, kuning).

5. Susun secara berlapis dalam bekas besar untuk dapatkan efek pelangi atau marble. Kreativiti ikut citarasa masing-masing.

6. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku (freezer) semalaman sebelum dihidang.

Selepas cuba resepi aiskrim homemade ini, pasti jadi rebutan keluarga di rumah. Teksturnya lembut, manisnya cukup rasa, ditambah pula dengan warna yang cantik dan menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Lina Kassim

Baca juga: Aiskrim Malaysia Kacang Merah Zaman Sekolah, Manis & Lemak Berkrim Macam Dulu-Dulu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN