resepi air detox

Resepi air detox ini semakin popular sebab ramai nak cari cara semula jadi untuk rasa badan lebih segar dan ringan. Dengan hanya guna bahan-bahan dari dapur seperti sayur dan buah segar, anda boleh hasilkan minuman sihat tanpa perlu beli produk mahal.

Biasanya bila badan rasa lesu, perut tak selesa atau kurang minum air, ramai akan cuba minuman detoks seperti ini. Rasa dia segar dan paling sedap bila diminum sejuk. Paling penting, ia dibuat tanpa bahan tambahan yang merbahaya.

Minuman ini juga sesuai untuk diamalkan sebagai rutin harian, terutama waktu pagi ketika perut kosong. Tapi untuk kesan lebih baik, tetap kena jaga pemakanan dan aktifkan diri dengan senaman ringan. Bukan bergantung pada minuman ini semata.

Baca juga: Tak Perlu Goreng! Ini Cara Buat Sambal Rebus Versi Sihat Yang Tetap Sedap

RESEPI AIR DETOX

resepi air detox

Bahan-bahan:

  • 1/2 batang timun Jepun (kalau kecil, boleh guna 1 batang)
  • 2 batang celery
  • 1/2 biji epal hijau (kalau besar)
  • 1 cawan bayam import
  • 1/2 biji lemon (buang biji dan kulit)
  • 2 inci halia
  • Sedikit daun ketumbar (jika ada)
  • Air mineral secukupnya (lebih kurang separuh dari sukatan bahan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh semua bahan hingga bersih.
  2. Potong kecil supaya mudah dikisar.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam blender (bukan juicer).
  4. Tambahkan air mineral separuh dari sukatan bahan.
  5. Kisar hingga halus bersama seratnya sekali.
  6. Tuang dalam gelas, tambah ais jika suka dan terus minum tanpa tapis.

Cara minum:

  • Minum semasa perut kosong untuk kesan lebih segar
  • Amalkan selama seminggu untuk lihat perubahan pada badan
  • Sukatan ini boleh menghasilkan lebih kurang 3 cawan (cukup untuk 3 hari)

Minuman hijau ini nampak simple tapi bila diamalkan, ramai rasa badan lebih ringan dan segar. Tapi paling penting, ia tetap kena seiring dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Tak perlu terlalu ekstrem, yang penting konsisten dan jaga badan dengan cara semula jadi.

Sumber: Thread @addauwais

Baca juga: Resipi Cekodok Oat Versi Sihat Tapi Tetap Rangup & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Anak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN