pau pandan kelapa

Resipi pau pandan kelapa ini pasti ramai akan suka. Lebih-lebih lagi bila teksturnya lembut, gebu dan wangi pandan yang menyelerakan. Bila digigit, doh yang ringan bersama inti kelapa manis memang buat tak cukup satu.

Resipi ini juga unik sebab menggunakan sedikit cuka dalam adunan. Ramai yang mungkin pelik, tapi sebenarnya inilah rahsia pau jadi lebih lembut dan tahan lama walaupun dah sejuk. Tak rasa masam langsung, jadi jangan risau untuk cuba.

Menariknya lagi, bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan boleh dibeli dengan mudah. Sesuai sangat kalau nak buat di rumah sama ada untuk minum petang, jualan kecil-kecilan atau kudapan keluarga.

Baca juga: Rahsia Pau Lembut, Gebu & Tak Berkedut, Letak Inti Kelapa Atau Kaya Paling Sedap!

RESIPI PAU PANDAN KELAPA

pau pandan kelapa

Bahan A (yis aktif):

  • 1 sudu makan yis
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 sudu makan cuka
  • 280ml air

Campurkan semua bahan A dan kacau sebati. Tutup dan biarkan sehingga yis kembang.

Bahan B (doh pau):

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan susu pekat
  • Emulco pandan secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan B dalam bekas besar. Gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung.
  3. Uli sehingga doh menjadi lembut, licin dan tidak melekat di tangan.
  4. Jika suka, boleh tambah emulco pandan dan pewarna hijau untuk naikkan aroma serta warna.
  5. Rehatkan doh selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh kembang cantik.
  6. Selepas doh naik, tumbuk sedikit untuk keluarkan angin.
  7. Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan. Letakkan inti kelapa di tengah.
  8. Tutup kemas dan bentukkan semula menjadi bulat.
  9. Rehatkan lagi sekejap supaya doh naik sedikit.
  10. Kukus pau selama 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  11. Siap untuk dihidang dan dinikmati ketika panas-panas.

Sumber: Dhia Nadia

Baca juga: Resipi Pau Kastard Jagung Gebu Dan Lembut, Sekali Makan Memang Tak Cukup Sebiji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN