Categories: Resipi

Resipi Rendang Ikan Tenggiri, Sedap Sampai Rasa Nak Menjerit!

rendang ikan tenggirirendang ikan tenggiri

Kita sangat familiar dengan juadah rendang yang berunsurkan ayam serta daging terutama ketika musim perayaan. Tapi pernahkah anda mencuba rendang ikan tenggiri?

Kuah rendang ini sangat wangi dan jika digabungkan dengan isi ikan tenggiri, memang kesedapannya boleh pergi jauh!

Kalau anda mahu cuba menu ini, jom ikut resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

RESIPI RENDANG IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri yang telah digoreng
  • Daun kunyit, dihiris halus
  • Daun limau, dihiris halus
  • Kerisik secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula Melaka secukup manis
  • Santan (agak-agak secukupnya)
  • Sedikit air asam (pastikan tidak terlalu banyak agar tidak terlalu masam)
  • Rempah kari ikan Babas (agak-agak secukupnya)

Bahan-Bahan Kisar:

  • Cili merah dan hijau
  • Cili padi merah dan hijau (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Ketumbar biji, jintan halus, dan jintan kasar

Semua bahan kisar ini hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan rasa yang sebati.

Cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau wangi serta terbit minyak.

2. Masukkan rempah kari ikan dan tumis lagi sehingga rempah masak dengan sempurna.

3. Setelah itu, masukkan kerisik dan sedikit air asam. Kacau rata supaya bahan-bahan sebati.

4. Kemudian, masukkan santan dan biarkan seketika supaya kuah mula pekat dan beraroma.

5.  Perasakan dengan garam, gula Melaka, dan masukkan daun limau serta daun kunyit yang telah dihiris halus.

6. Akhir sekali, masukkan kepingan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan supaya ikan sebati dengan kuah rendang.

7.  Perlahankan api dan biarkan rendang mereneh sehingga kuah menjadi pekat dan ikan menyerap segala perisa.

8. Setelah rendang cukup pekat dan ikan tenggiri telah sebati dengan kuah, tutup api. Rendang ikan tenggiri anda kini siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba! Rendang ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi panas atau lemang.

Sumber: Laila Aznam

Baca lagi: Rahsia Dadih Lembut & Bergedik Tanpa Serbuk Segera, Kena Tambah 1 Jenis Tepung Ini

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

2 days ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

2 days ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

2 days ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

2 days ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

3 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

3 days ago