PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-19 03:59:49

Sebut sahaja resepi kek tiramisu, terus terbayang kek tiramisu di Secret Recipe kan? Kalau ikutkan memang lah teringin tapi kadangkala harganya yang agak mahal membuatkan kita fikir banyak kali untuk beli. Jadi apa kata kita cuba buat tiramisu sendiri. Kita cuba buat tiramisu versi yang murah dah sangat sedap. Susun-susun je siap. Jom kita cuba resepi tiramisu yang dikongsikan oleh Azlina Ina di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook.

 

Kredit: Azlina ina

 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan whipping non dairy (apa-apa brand pun boleh)
  • 15 ke 20 keping biskut Butter Julies. (Biskut ni paling sedap)
  • Susu cair atau susu segar 1 cawan
  • Serbuk nescafe 3 in 1, serbuk koko, serbuk milo

 

Kredit: Azlina ina

 

Cara-cara:

  1. Rendam biskut dalam susu 3 ke 4 minit.
  2. Mix whipping yang sejuk baru keluar dari peti ais boleh dibiarkan cair kejap kemudian terus gaul supaya cepat kental. (Jaga-jaga masa gaul jangan sampai terlebih gaul nanti cair).
  3.  Ambil bekas yang sesuai (guna tupperware 6×6 lutsinar)
  4. Ambil biskut dan rendam dengan susu kemudian letakkan ke dalam bekas. Kemudian ambil whipping cream tadi dan masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa dan paip kan atas biskut.
  5. Ayak ketiga-tiga serbuk tadi atasnya.
  6. Ulang langkah rendam biskut dan susun atas layer sampai habis.
  7. Sejukkan 1 jam dan boleh dimakan.

 

Kredit: Azlina Ina

 

Kredit: Azlina Ina

 

Kredit: Azlina Ina

 

Selamat Mencuba

Kredit: Azlina Ina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN