Categories: Tips & Petua

Rahsia Tempe Goreng Kekal Rangup Dan Tahan Lama, Kena Buat INI Dulu

Ternyata ada rahsia tempe goreng kekal rangup dan tahan lama yang ramai tidak tahu. Cara ini boleh dilakukan agar tempe yang digoreng kekal garing di permukaan luar tetapi masih lembut di dalamnya.

Walaupun rasa tempe agak tawar, namun sebenarnya ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti protein, kalsium, dan zat besi yang bagus untuk kesihatan badan.

Baca juga: Buat Sendiri Tempe Guna 3 Bahan Saja, Wanita Ini Kongsi Resipi

Tetapi, ada masa di mana tempe yang digoreng boleh menyebabkan bahagiannya menjadi keras dan tidak sedap untuk dinikmati. Jadi, mari ikuti teknik dan rahsia gorengan dari Angeline Metta ini supaya tempe goreng kekal crispy sampai ke petang. 

RAHSIA TEMPE GORENG KEKAL RANGUP DAN TAHAN LAMA

Bahan-bahan:

  • 1/2 papan tempe
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung berperasa
  • Air secukupnya
  • Garam, lada sulah, serbuk stok

Bahan Sos Celup:

  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • Cili api – potong
  • Kicap masin
  • Kicap manis

Cara-cara memasak: 

  1. Potong tempe nipis atau sesuai dengan selera anda, kemudian ketepikan.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, tepung berperasa, garam, lada sulah, dan serbuk stok dalam sebuah mangkuk besar. Gaul hingga tercampur rata.
  3. Tuangkan air secukupnya ke dalam campuran tepung dan aduk hingga membentuk adunan yang kental dan tidak terlalu cair.
  4. Masukkan bawang putih, bawang merah, dan hirisan bawang besar ke dalam adunan tepung. Kacau hingga semua bahan tercampur sebati.
  5. Celupkan potongan tempe ke dalam adunan tepung yang sudah disiapkan sehingga terbalut rata.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe hingga matang dan berwarna keemasan. Pastikan tempe goreng menjadi keperangan.
  7. Untuk membuat sos celup pula, campurkan bawang putih yang telah dikisar dengan cili api, kicap masin, dan kicap manis dalam sebuah mangkuk kecil. Gaul hingga semua bahan tercampur sempurna.
  8. Sajikan tempe goreng bersama dengan sos celup yang sudah disiapkan.

Tips sebelum mengoreng:

  • Guna tempe yang masih segar dan tidak terlalu tua. Tempe yang segar tekskturnya lebih rangup setelah digoreng.
  • Potong tempe nipis-nipis agar permukaannya lebih luas dan dapat meratakan proses penggorengan. Potongan tempe yang nipis juga akan lebih cepat masak dan lebih rangupnya tahan lama.
  • Semasa menggoreng tempe, pastikan tidak masuk terlalu banyak potongan tempe dalam satu waktu. Ini untuk elakkan tempe menjadi lebih berminyak dan kurang rangup.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Angeline Metta

Baca juga: Sambal Tempe Basah Cara SIMPLE, Naik Selera Makan Lauk Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago