Sandwich telur sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Simple tapi sedap dan mengenyangkan.
Kalau nak lagi sedap, kena letak satu bahan rahsia yang ramai tak tahu iaitu letak bawang karamel seperti yang dikongsikan oleh penjual sandwich, Suraya Yaacob di bawah.
Menurutnya, inilah rahsia yang digilai orang pelanggannya sehingga ada pelanggan sama yang membeli hampir setiap hari. Kalau ada yang nak cuba buat untuk makan sendiri atau sebagai jualan, lihat saja resipi di bawah.
1. Gaul semua bahan-bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu. Angkat dan ketepikan.
2. Lenyekkan telur rebus. Campur bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel tadi. Siap!
Resepi ini cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek. Ngam-ngam dengan 7 biji telur. Kalau suka boleh tambah salad dan tomato.
Kredit: Suraya Yaacod
Resepi pes perapan ayam ini sesuai digunakan semasa berdiet, serta dapat memudahkan kerja memasak seharian…
Resepi cream cheese atau krim keju adalah bahan penting dalam pembuatan kek, manisan dan pelbagai…
Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom…
Jika anda mempunyai banyak masa lapang di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Kek Butter…
Nak makan kerang dengan keluarga tersayang di rumah, masak rebus saja pun sedap. Sebelum itu,…
Jika anda nak buat snek sendiri di rumah tanpa menggunakan makanan sejuk beku, anda boleh…