mee rebus daging

Memang sedap kalau dapat makan mee rebus daging untuk makan malam nanti! Siapa bosan makan nasi, bolehlah cuba resipi istimewa dari Terengganu ini.

Nikmat sungguh makan panas-panas, ditambah pula dengan cili potong. Confirm habis licin makan satu pinggan, tak cukup rasanya!

Baca juga: Mihun Sup Daging Ada Petuanya, Wajib Masukkan Bahan Penting ‘Ini’ Semasa Masak

RESEPI MEE REBUS DAGING ALA TERENGGANU

mee rebus daging

Bahan-bahan tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Setengah sudu lada hitam
  • Sedikit halia

Bahan-bahan lain:

  • Daging (lebih baik daging tetel)
  • Air secukupnya
  • Fishball
  • Lobak merah
  • 1 biji kiub pati ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sayur sawi
  • Mi kuning
  • Telur
  • Lada sulah

Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia.
  2. Panaskan minyak masak dan bila dah panas, tumis bahan tumbuk tadi sampai baik bau.
  3. Kemudian, masukkan daging (boleh guna mana-mana bahagian yang disukai).
  4. Selepas itu, masukkan air secukupnya dan biarkan masak sampai daging empuk.
  5. Apabila daging sudah empuk, masukkan fishball, lobak merah, kiub pati ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Garam jangan banyak sebab mi kuning sudah masin.
  6. Sekarang boleh masukkan sayur sawi serta mi kuning yang sudah tapis, dicuci dan ditoskan.
  7. Kemudian, pecahkan telur secukupnya ke dalam kuah. Jangan kacau, biarkan telur masak.
  8. Renjis lada sulah secukupnya (lebihkan sedikit supaya lebih padu).
  9. Biarkan menggelegak ganas sebelum tutup api.
  10. Sedia dihidangkan panas-panas dan dinikmati sebelum mi kembang.

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Telur Cincang, Guna Bahan Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN