Menu kari sotong ini biasanya ada di restoren mamak atau restoran nasi kandar. Memang sedap, makan dengan bendi celur.
Tapi sebelum ambil kena hati-hati, pastikan ada bawa duit lebih sebab harganya memang mahal.
Kalau dalam keluarga ramai yang suka sotong kari ini lebih baik buat sendiri, baru lagi jimat. Boleh ikut resipi kari sotong pekat tanpa santan perkongsian dari Nurul Ateekah.
Nota: Masakan ini tidak perlu mengunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
1) Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2) Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah cantik dan sentiasa kacau.
3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap (teruskan mengunakan api sederhana).
4) Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.
5) Akhir sekali,masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan gram dan serbuk perasa. Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan). Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap.
Sumber: Nurul Ateekah
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…