Categories: Resipi

Rahsia Fish Noodles Sedap Macam Di Restoran Cina, Kena Tambah 1 Bahan Ini!

Siapa pernah makan ‘Fish Noodles’? Menu ini memang tidak akan ditemui di mana-mana restoran Melayu.  Siapa suka makanan yang bersup, pasti akan suka menu fish noodle ini.

Nak tahu sedap ke tidak? Jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudara Wan Luqman di bawah.

Rupanya ada bahan rahsia, penyedap rasa yang diguna oleh restoran Cina. Lepas ini tak perlu ke restoran dah, buat kat rumah je!

RESIPI FISH NOODLES MACAM DI RESTORAN CINA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap atau mana-mana ikan isi putih
  • Sekeping ikan masin
  • Daun bawang
  • Carrot
  • Halia
  • Bawang holland
  • Lada sulah
  • Garam
  • Susu cair
  • Tauhu
  • Fucuk
  • Fishball
  • Tomato

Cara-cara:

1. Ikan siakap kena fillet dulu. Boleh juga guna ikan isi putih seperti jenahak, ikan merah atau talapia.

2. Kemudian potong kecil-kecil.

3. Gaulkan dengan tepung jagung dan goreng sampai garing.

4. Ini antara resipi rahsia. Kena goreng sekeping ikan masin.

5. Dah siap goreng.

6. Hiris bawang holland, lobak merah dan halia. Tumis seketika bersama dengan sedikit minyak.

7. Masukkan semua ikan bahagian bertulang sekali dengan ikan masin goreng tadi beserta daun bawang. Isi ikan jangan masukkan lagi.

8. Selepas itu masukkan air.

9. Reneh sehingga sedikit pekat. Sebaiknya reneh selama 2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan rasa stok ikan yang lebih sedap. Reneh dalam 30 minit pun boleh.

10. Kemudian, tapis semua bahan yang direneh tado. Buang semua tulang ikan, karrot, bawang, halia dan semua.

11. Perasakan stok sup dengan lada sulah, garam/stok ikan bilis dan jika perlu gula, masukkan sedikit gula.

12. Masukkan susu cair mengikut selera anda supaya rasa menjadi lebih berlemak.

Selepas masukkan susu, boleh divert ke kuah berperisa. Yang ini kira original. Kalau nak buat perisa kari, masukkan pes kari. Kalau nak buat perisa tomyam, masukkan pes tomyam.

14. Masukkan hirisan daun bawang, tauhu, fishball, lobak merah, hirisan tomato, fucuk dan tauhu goreng. Sambung reneh selama 10 minit dan tutup api.

Sup ikan dah siap. Makan makan terus pun boleh, tapi dah nama fish noodles. Makan dengna mi. mi wantan atau apa-apa jenis mi pun boleh.

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Mapo Tofu, Tauhu Berkuah Pedas Stail Masakan Cina

Wan N

Recent Posts

Resipi Nugget Ayam Homemade Dengan Brokoli, Cara Kreatif Selitkan Sayur Dalam Makanan Anak!

Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…

8 mins ago

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

16 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

16 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

17 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

19 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

20 hours ago