Siapa pernah makan ‘Fish Noodles’? Menu ini memang tidak akan ditemui di mana-mana restoran Melayu. Siapa suka makanan yang bersup, pasti akan suka menu fish noodle ini.
Nak tahu sedap ke tidak? Jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudara Wan Luqman di bawah.
Rupanya ada bahan rahsia, penyedap rasa yang diguna oleh restoran Cina. Lepas ini tak perlu ke restoran dah, buat kat rumah je!
1. Ikan siakap kena fillet dulu. Boleh juga guna ikan isi putih seperti jenahak, ikan merah atau talapia.
2. Kemudian potong kecil-kecil.
3. Gaulkan dengan tepung jagung dan goreng sampai garing.
4. Ini antara resipi rahsia. Kena goreng sekeping ikan masin.
5. Dah siap goreng.
6. Hiris bawang holland, lobak merah dan halia. Tumis seketika bersama dengan sedikit minyak.
7. Masukkan semua ikan bahagian bertulang sekali dengan ikan masin goreng tadi beserta daun bawang. Isi ikan jangan masukkan lagi.
8. Selepas itu masukkan air.
9. Reneh sehingga sedikit pekat. Sebaiknya reneh selama 2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan rasa stok ikan yang lebih sedap. Reneh dalam 30 minit pun boleh.
10. Kemudian, tapis semua bahan yang direneh tado. Buang semua tulang ikan, karrot, bawang, halia dan semua.
11. Perasakan stok sup dengan lada sulah, garam/stok ikan bilis dan jika perlu gula, masukkan sedikit gula.
12. Masukkan susu cair mengikut selera anda supaya rasa menjadi lebih berlemak.
Selepas masukkan susu, boleh divert ke kuah berperisa. Yang ini kira original. Kalau nak buat perisa kari, masukkan pes kari. Kalau nak buat perisa tomyam, masukkan pes tomyam.
14. Masukkan hirisan daun bawang, tauhu, fishball, lobak merah, hirisan tomato, fucuk dan tauhu goreng. Sambung reneh selama 10 minit dan tutup api.
Sup ikan dah siap. Makan makan terus pun boleh, tapi dah nama fish noodles. Makan dengna mi. mi wantan atau apa-apa jenis mi pun boleh.
Sumber: Wan Luqman
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…