Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda cuba resipi Putu Belanda yang hasilnya sangat lembut dan sedap.
Kali pertama dengar Putu Belanda, mesti ingat pencuci mulut ini dari Belanda. Jangan tak tahu, sebenarnya ia merupakan hidangan unik dari negara jiran kita, iaitu Indonesia.
Susah nak jumpa pencuci mulut ini dijual di luar, jadi eloklah jika anda cuba buat sendiri di rumah kerana caranya tak susah seperti yang disangka.
Baru-baru ini, Zuita Aisyah sudi kongsikan cara buat Putu Belanda di Facebook yang mana resipinya diperoleh daripada kawannya dari Indonesia. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Putu Piring Dengan 3 Bahan, Guna Acuan Ini Elok Kejadiannya!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, putar gula dan butter sampai kembang.
2. Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar.
3. Kemudian, masukkan esen vanilla.
4. Perlahankan mixer dan masukkan tepung secara bertahap sampai habis, kemudian max kan mixer dalam 2 minit.
5. Seterusnya, masukkan adunan dalam piping bag.
6. Guna acuan cupcake yang keras dan paipkan adunan. Buat dasar dahulu kemudian paip di bahagian tepi cup saja supaya ada lubang di bahagian tengah cup untuk isi filling.
7. Buat sampai adunan habis, kemudian baru masukkan filling di bahagian tengah cup tadi.
8. Akhir sekali, bakar pada suhu 180°C dengan menggunakan api atas bawah selama 25 hingga 30 minit bergantung pada oven masing-masing. Siap untuk dinikmati!
Teksturnya yang lembut dan gebu di bahagian luar bersama filling yang lazat membuatkan Putu Belanda ini menjadi kesukaan ramai, terutamanya kanak-kanak.
Jika anak ada jamuan di sekolah atau perlu membawa sesuatu untuk potluck di tempat kerja, bolehlah buat Putu Belanda ini yang menarik dan pasti memikat selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Zuita Aisyah
Baca juga: Kek Madeline Simple, Letak Jem ‘Ini’ Untuk Kekalkan Rasa Klasik
Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…
Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…
Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…
Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…