resipi purba

Selalunya jika kita ingin mencuba resipi baru, tentunya akan membuat carian di Youtube mahupun dekat portal MyResipi ini, tetapi tidak bagi seorang profesor dari Univesiti Cambridge ini yang mencuba resipi purba.

Mahu mencuba lain dari yang lain, Profesor Bill Surtherland terfikir akan idea ini dalam usaha untuk mengetahui bagaimana penyediaan makanan kuno ini dibuat.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Dengan mengunakan tablet batu zaman Mesopotamia yang berusia 3,770 tahun, profesor ini menjadi tular di Twitter.


Stew Kambing

Jadi, menu apa yang ada dalam tu? Untuk pengetahuan korang, menu zaman Mesopotamia hampir sama dengan apa yang kita makan pada hari ini – seperti lauk stew kambing dan kek barli.

Walaupun kebanyakan hidangan memerlukan bahan-bahan tradisional, Profesor Bill menvariasikan bahan yang hampir kurang sama. Contoh seperti bahan stok Elamit ditukar dengan stok darah kambing.

Beliau juga sangat berminat dengan sejarah, dengan mencipta resepi ini dapat menghiburkan dirinya ketika sedang kuarantin di rumah.

Bill terkejut sebenarnya hasil masakan purba itu mudah saja, hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian dan memang sedap dimakan.


Tuh’u

“Antara lauk yang penuh dengan rasa dan variasi. Saya patut memasaknya lebih lama lagi untuk dapatkan aroma yang lebih kaya.”


Unwinding

“Tumis daun bawang dan daun bawang kemudian dibakar bersama serbuk asam. Hidangan nampak sedap tapi agak membosankan.”


Stok Elamite

“Okay, saya menipu dan menggunakan sos tomato daripada guna darah kambing. Sup pekat berperisa yang pelik tetapi agak sedap.”


Pergh, rare betul Profesor Bill ini. Agak-agak korang nak cuba juga ke resipi purba dari zaman Mesopotamia ni?

Sumber: Twitter Bill Sutherland

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN