Apa punca kek tak jadi dan selalu bantat? Puas dah ikut betul-betul resipi, tapi tidak menjadi juga.
Banyak resipi kek telah diperkenalkan kerana banyak orang suka membuat kek. Namun begitu, masalah timbul apabila kek yang dihasilkan masih tidak memuaskan walaupun telah mengikuti resipi yang disediakan.
Baca juga: Kek Yogurt Cheese Strawberry Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!
Biasanya, masalah ini dialami oleh newbie atau orang yang baru mula mencuba membuat kek.
Sudah tentu rasa kecewa menghabiskan banyak masa dan kos untuk membuat kek, hasilnya tidak memuaskan. Jika kek anda selalu terbantat dan tidak jadi, berikut mungkin puncanya menerusi perkongsian Farah Erda.
4 PUNCA KEK SELALU TAK JADI
Kek tak jadi? Jangan kecewa! Paling penting, jangan sesekali berputus asa. Itulah namanya proses pembelajaran. Gagal banyak kali pun tidak apa. Apa yang penting, usaha, minat dan kesungguhan itu mesti ada.
Ini empat punca yang anda perlu ambil tahu. Jadi, tak adalah ulang kesalahan yang sama selepas ini.
1. Permukaan kek merekah
Punca:
- Terlalu banyak baking powder dan baking soda
- Suhu oven terlalu tinggi
- Kurang cecair dalam adunan
Penyelesaian: Jangan risau, mungkin permukaan kek merekah tetapi kek korang sebenarnya masih menjadi gebu, naik dengan elok dan sedap untuk dimakan. Hanya perlu potong bahagian yang merekah dan boleh hiaskan.
2. Tekstur kek berlubang
Punca: Over-mixing adunan kek atau speed mixer terlampau tinggi
Penyelesaian: Jangan adun kek terlampau lama semata-mata hendak sebatikan tepung dan adunan basah. Cukup sekadar kaup rata dan jika guna mixer, gunakan kelajuan minimun.
3. Kek menjadi lembab, berat, dan tidak gebu
Punca: Over-mixed. Sebaik tambahkan tepung dalam adunan, kek tidka perlu diadun terlalu lama.
Penyelesaian:
- Pastikan sukatan tepun benar-benar tepat. Tidak digalakkan menyukat tepung menggunakan cawan kerana sukatannya tidak tepat. Lebih baik guna weightscale, lebih-lebih lagi beginner
- Pastikan oven cukup panas sekurang-kurangnya 1 jam sebelum membakar kek.
4. Bahagian luar kek cantik dan masak rata tetapi di dalam masih basah dan mentah
Punca: Suhu oven terlampau tinggi.
Penyelesaian: Beli oven thermometer untuk mendapatkan suhu oven yang diingini seperti yang dinyatakan dalam resipi. Ini kerana, kepanasan setiap oven berbeza-beza.
Semoga bermanfaat:
Sumber: Farah Erda
Baca juga: Kek Pandan Resipi RINGKAS, Tetap Gebu Dan Moist Kejadiannya