pulut kuning

Pulut kuning dan rendang ayam merupakan satu kombinasi yang tak asing lagi untuk dihidangkan ketika jamuan istimewa bersama keluarga dan kenalan.

Ada antara kita yang tak tahu cara untuk masak pulut kuning supaya tidak berasa mentah.

Jom kita baca resipi oleh saudari Puteri Hana Sofia yang berkongsi resipi lengkap pulut kuning bersama rendang ayam.

Baca juga: Cara Buat Mi Wantan Kicap Dengan Dumpling Ayam, Lagi Puas Repeat Makan di Rumah

RESIPI PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM

Bahan-bahan pulut kuning:

  • 3kg beras pulut (untuk 30 hidangan pulut kuning)
  • 4.5kg santan
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 4 helai daun pandan
  • 66g garam kasar
  • 660g gula

Cara-cara memasak pulut kuning:

1. Cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan.

2. Kukus beras pulut selama 30 minit. Letakkan daun pandan untuk aroma wangi dan alas dengan daun pisang.

3. Masukkan garam dan gula dalam santan, masak sekejap, kemudian masukkan dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan.

4. Masukkan pulut dalam kukusan dan kukus kali kedua selama 10 minit.

5. Untuk nampak pulut berkilat cantik, letak sedikit minyak masak.

pulut kuning

Resepi Rendang Ayam:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ayam
  • 2 kotak kecil santan
  • 2 peket sederhana kerisik (500g setiap peket)
  • 3 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar garam
  • 4 sekawan (rempah 4 sekawan)
  • Minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar (*):

  • 1 peket kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 4 batang serai, dihiris
  • 6 biji bawang merah
  • 2 buku bawang putih
  • 4 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10 batang cili merah (lebihkan jika suka pedas)
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci halia

Cara memasak rendang ayam:

1. Masukkan minyak masak dan rempah 4 sekawan, tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili betul-betul masak. Letakkan sedikit air masak dan masukkan ayam, asam keping, dan serbuk perasa.

3. Akhir sekali, masukkan kerisik dan santan. Masak selama 10 minit dan taburkan daun kunyit. Siap!

pulut kuning

Sumber: Puteri Hana Sofia

Baca juga: Ayam Geprek Berempah Extra Spicy, Memang Terangkat Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN