puding mangga susu

Resipi pencuci mulut yang melegakan tekak iaitu puding mangga susu chia seed perkongsian tak lain dan tak bukan mestilah dari Cik Puan Shida Razak KC.

Pencuci mulut ini sangat enak jika dinikmati sejurus di bawa keluar dari peti ais. Rasa manis mangga dan juga berlemak susu merupakan gabungan yang mantap!

Jom tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Puding Soya Gula Melaka Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Bergedik!

RESIPI PUDING MANGGA SUSU CHIA SEED

Bahan-bahan untuk lapisan pertama (Bawah):

  • 400ml susu segar
  • 100ml air
  • 1 biji mangga (100-150g), dipotong dadu
  • 2 sudu besar serbuk agar-agar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu gula (gunakan gula molases untuk lebih sihat)
  • 1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)

Cara penyediaan lapisan pertama:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Setelah itu, masak campuran selama 2 minit sehingga mendidih sambil dikacau rata.

3. Tuang campuran ke dalam bekas atau loyang dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan untuk lapisan kedua:

  • 250ml susu segar
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • 2 sudu besar gula batu (atau gula biasa)
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan (boleh gantikan dengan selasih jika tiada chia seed)

Cara penyediaan lapisan kedua:

1. Masak susu bersama serbuk agar-agar, gula, dan garam sehingga mendidih.

2. Campurkan chia seed ke dalam campuran yang telah dimasak.

3. Tuangkan lapisan kedua ini di atas lapisan pertama yang telah sejuk.

4. Taburkan potongan mangga di atas puding dan sejukkan dalam peti ais.

puding mangga susu

Puding ini sedia dihidangkan dan pasti menjadi pencuci mulut yang digemari keluarga anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Shida Razak KC

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN