puding mangga kastard

Jika anda menyukai pencuci mulut yang lembut, sejuk dan penuh rasa manis buah sebenar, wajib cuba Puding Mangga Kastard. Hanya dengan suapan pertama, terus tekak tergoda.

Puding Mangga Kastard mempunyai kombinasi unik antara kastard berkrim yang dimasak sempurna dengan puri mangga segar yang manis semula jadi. Apabila digandingkan, rasanya luar biasa.

Puan Zur telah kongsikan resipi Puding Mangga Kastard di Facebook yang hasilnya sangat segar dimakan bersama keluarga tersayang di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Mangga Susu Mudah Tanpa Pewarna, Lalu Di Tekak Terasa Sejuk Manis!

RESIPI PUDING MANGGA KASTARD

puding mangga kastard

Bahan-bahan:

  • Potongan buah mangga
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air masak (sukat guna susu tin)
  • 4 sudu besar penuh tepung kastard
  • Gula
  • Susu pekat secukup rasa
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kacau susu cair, air masak dan tepung kastard tanpa letak atas api terlebih dahulu.

2. Setelah tepung kastard sebati dengan bancuhan susu, letak atas api dan kacau sampai likat.

3. Selepas itu, letak gula dan susu pekat secukup rasa serta sedikit garam untuk menaikkan lemak kuah ini.

4. Apabila kuah sudah likat, tutup api dan biarkan sejuk, serta sesekali kacau.

5. Apabila sudah sejuk, boleh letak dalam bekas dan letakkan potongan buah mangga.

puding mangga kastard

Tips tambahan dalam resipi ini:

  • Jika kuah masih cair, bancuh 1 sudu tepung kastard dalam setengah cawan air masak sampai sebati. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuah sampai dapat kepekatan yang diingini.
  • Kepekatan yang biasa saya buat lebih kurang pekat seperti santan kara. Jika terbuat pekat, boleh tambah air atau susu, ataupun biarkan saja. Apabila nak makan, gaul dengan ketulan ais, lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Zur

Baca juga: Puding Cheese Mangga 3 Layer, Nak Kemas Dan Terpotong Cantik Ada Caranya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN